Monday, January 19, 2009

Bermulanya kehidupan di kediaman sebenar.....

2 comments
OK....welcome to the next posting! Masih ada banyak hutang posting ni.. So nak kena buat dengan drastik (tolong...got no timee..)

So, after maktok balik Jitra, tinggal Ielham sekeluarga kat rumah....daddy, mummy & Ielham. Daddy nak kena gi opis, mummy lak still cuti berpantang. So, di masa lapang, asyik snap picture Ielham jekler. Biasaler, 1st time dapat anak. But even though still cuti, kerja-kerja opis still nak buat tau. Kalau duduk rumah tak buat pa per... rasa macam otak tak berfungsi.


Hurmm..sukanyeee kalau Ielham berbaju putih!


Kalau waktu weekend plak, selalunya aktiviti Ielham adalah bersama daddy. Teman bermain, teman tido, daddy susukan Ielham. Ielham suka sangat kalau daddy dier yang susukan... tak percaya?

Haa tgk tu, diam jek kalau daddy kasik susu.


Hehehe... sampai meleleh susu kalau daddy kasik. Daddy masih training lagik waktu tu.


Ha ok, bukti yg kata Ielham suka sangat kalau daddy kasik susu...see the pic below...

Hehehehe..senyum lebar!...Aunty Ee Jean cakap, Ielham macam mabuk susu! Yes, you are!! Dah sampai lalok tu (hehehe..nak tido sebenarnya)



Teman tido. Like daddy like son....



After 6 weeks berpantang...(especially pantang food)....daddy terus bawak kita sekeluarga out for lunch...yeayyy celebrate...sebab mummy berjaya menempuh waktu berpantang...(congrates to mummy Ielham!).



Ielham dalam carseat. Tenang menanti, bilakah akan sampai ke destinasi..sempat gak tu buat muka boring (pic upper right)


Sementara tunggu food sampai, posing-posing dulu.


Nekyang (nenek moyang) Ielham pon ikut gak...


After dah finish lunch, of course le mummy demand untuk berjalan-jalan di shopping mall pulak. Sekadar window shopping saja. Next time datang baru shopping betul! Yang ni sekadar mukadimah jek. Then, dah petang tu, daddy ajak balik. Oh ya, Ielham masa outing tu, langsung takda meragam. Boleh tido anywhere! Cuma susu every 2-3 hours kena kasik...hehehe..siap ade stok lebih. Dah sampai rumah tu, semua org mcm letih. Mummy jek excited sebab terbayang barang-barang yang nak dibeli nanti..hehehe..


Balik rumah terus tido lagi.


See you later~

Sunday, January 18, 2009

at 1 month.....(ep03)

2 comments
Heh, tetiba harini macam rajin semacam nak update blog. Siang tadik, dah post sekalik, ni the 2nd post for today. Ok, we will continue story Ielham......

Sepanjang Ielham kat Jitra (rumah maktok), takde apa sangat aktiviti, duduk kat rumah jek. Sebab mummy dilarang berjalan-jalan di waktu pantang. Tapi bukan sebab maktok tak bagi, maktok takut org kata maktok tak reti jaga mummy hehehehe.. Kalo ikutkan maktok, dier dah suh ke sana sini dah.


Tapi Ielham dah sebulan lebih skit, mummy dah kuar-kuar jalan gi town. Beli barang-barang rumah sume. Kita juga sempat balik umah moyang dekat Perlis. Tapi makan, mummy still kena pantang lagi. Pergi kenduri pon mummy minum air kosong jek.




1st time try pacifier, besar macam tgn sendiri






Maktok mandikan Ielham. Seperti biasa, mummy tak berani nak mandikan Ielham lagi. Takuuutt jadi pa pe kat baby mummy…Assistant maktok = maksu Ielham.




Maksu memang suka selimutkan Ielham macam ni lepas mandi. Kening masih samar-samar waktu ni.





Lepas mandi, mcm biasa ler, susu dulu then terus tido. Time Ielham tido, mummy selalunya layan TV or mummy join Ielham tido gak. Coz doctor cakap, while the baby sleeps, the mummy pon must sleep gak!



Ni tatauler kerja saper. Mummy pon dah lupa. Rasanye mcm org kat bawah ni!




Yerp! Memang maksu yang wat camtu kat Ielham.








Since Ielham lahir, sampaile sekarang, semua org ckp 90% muka macam daddy. Only 10% mcm mummy skit. And I'm proud that Ielham punye rupa macam daddy.


Oh, lupe plak. Previous blog ada mention that daddy nak balik Jitra, visit us kan. Tapi, sepanjang kita kat sana, daddy tak dapat nak balik. Sampai 2 kali terpaksa cancel last minute, sebab ade banyak kerja kena settlekan. Daddynye birthday pon we had to wish on the phone jek. It's ok daddy, both of us paham! No worries, coz we know that daddy is doing his best for our family. Love u daddy~!



Pada 25 August 2008, dah sampai masanya untuk kita untuk balik ke rumah. Daddy dah sampai the day before. Nasib baik maktok ikut sama, kalau tak mummy mesti gelabah kalau dah alone nanti. So, kat sana nanti, maktok boleh train mummy lagi.



Maktok kasik Ielham pijak tanah. 1st time pijak tu, Ielham angkat-angkat kaki. Yeler rumput carpet kan, dier tajam-tajam sikit. Hehehehe..


Sepanjang perjalanan balik ke rumah, Ielham dah pandai jenguk-jenguk luar. Tapi kebanyakkannya tido. Memang dah jadi habit Ielham, kalau kereta bergerak, Ielham mesti nak tido. Kalau berhenti, terus terjaga. After almost 5-6 hours of journey, kita pon dah sampai rumah.




Agaknya lenguh duduk dalam carseat lama, Ielham nampak sangat penat. Dapat baring ni, terus Ielham tido sampai esok pagi.



The End.

at 0 month.....(ep02)

1 comments
Wow, sebulan lebih tak update blog. No wonder, ada rakan-rakan yang asyik bertanyakan bila nak update the blog. Hutang post semakin banyak, nak tak nak..mummy Ielham must post harini jugak!

For this ep02 post, mummy Ielham will continue from the previous post.

Ok, after almost 10 days at Bkt Jelutong, daddy Ielham decided to send Ielham and mummy balik ke rumah maktok di Jitra, Kedah. Kata daddy, dekat sana lagi senang maktok nak jaga, sebab dengan nak carik tukang urut kat sini, ikan haruan fresh lagi, so limited. At least kat sana, maktok ade semua sumber tu. So, daddy suggest habiskan pantang di rumah maktok jek.

Waktu tu, macam sedeyy sangat, coz we had to leave daddy alone at home. But daddy cakap, he will visit us nanti. Bukan lama pon, sebulan lebih jek.



Ok ni picture masa Ielham dah mandi pepagi tu and sesiap untuk balik kampung! Sementara kitorang bersiap- siap, Ielham sempat tido lagi.

Sepanjang perjalanan dari Bkt Jelutong ke Jitra, hari redup jek and hujan renyai-renyai. Ielham dalam kereta tidur jek. Mummy and maktok pon sama. Daddy lak, of course le jadik driver. Sampai Jitra, dekat-dekat maghrib.



Ielham tengah tido, 1st night at rumah maktok.


The next day, it was hari nak cukur rambut Ielham. Maktok dah book mak bidan tu cepat-cepat, sebab daddy kena balik on that day.



So, ni gambar rambut Ielham sebelum kena cukur. Tengah nyenyak tidur plak.. Sementara tu, mak bidan tengah siapkan peralatan untuk cukur rambut.



Proses-proses cukur rambut. Masa tengah cukur tu, Ielham ade buat bunyi bunyian, seperti nak nangis. So, kena ler acah-acah kasik susu skit. Dah habis tu cukur tu, barula mummy Ielham kasik susu betul-betul. Botak head Ielham, was very soft. Licin! Superb! Congrats to the mak bidan for doing an excellent job!



Dah abis cukur tu, mak bidan tu tempek-tempek bedak sejuk. Untuk kasik sejukler. Peliknya Ielham time tu, muka dah jadi lain! Hehehe..





Ielham tengah nyenyak tido..Agaknye dah ringan kepala..


to be continued...

Wednesday, December 24, 2008

at 0 month.....(ep01)

2 comments

Dah lama nak update blog ni. Tapi disebabkan bz dengan kerja-kerja office dan rumah, maka tertangguhlah lagi.

Entry kali ni, adalah gambar-gambar Ielham semasa umur masih dalam mingguan lagi.

So, terdapat beberapa aktivities rutin Ielham, which is minum susu, hiccups, menguap, tido, minum susu, menguap, tido, and so on...


This is the 1st pic of Ielham at his home (Bkt Jelutong)


Ielham sedang berusaha untuk membuka matanya


Ini plak, gambar bersin tak jadi



Wow, Daddy Ielham dah terror dukung. Upper right side, is nenek Ielham.



See, Ielham, how small are you masa lahir.... setebal burger Carl's Junior.



Masih slim time ni



Maktok tgh mandikan and siapkan Ielham. Time ni, mummy tak berani nak mandi and pakaikan baju Ielham lagi. Masih fragile, kena handle with care.



Ini mengikut kata-kata org tua/veteran, katanya kalau hiccups, letakkan tisu basah atas dahi, dier hilang cepat. Macam Ielham ni, letak le tisu besar and basah mana pun, sama jek.



Ielham ni, pegang and letakle macam manapun, tetap tido.




to be continue.....

Thursday, December 11, 2008

Kelahiran...

1 comments
Hello people,

Ok, this will be considered as the official 1st entry. Yang bawah tu just sekadar opening entry.

This entry untuk perkenalkan baby Ielham!! Tp masa hari kelahiran...


Giving Birth:

OK, honestly mummy Ielham ni takde experience pon bersalin secara normal, sebab mummy memilih untuk di'ceaserkan', atas nasihat doktor. Ini disebabkan air ketuban di bawah paras yang ditetapkan untuk bersalin normal, takut baby tak tahan semasa nak push keluar. So, daddy ielham dengan tegasnya suruh ceaser jugak, and dier yang pilih birth date Ielham. So, ni sekadar nak share experience saje.

Sehari sebelum hari operation tu, sempat lagi jalan gi beli barang-barang dapur and tak lupa juga untuk makan macam-macam! Time tu dah contraction skit2, tp bukan contraction yang betul2 nak bersalin tu, sebab dier datang sekali sekala jek. Malam tu, masa tgk gangstarz kat tv, Ielham memang aktif sesangat, berpusing sane sini. Ade maksu Ielham recordkan perut tengah bergerak dengan aktifnya. Then lepas tu rasa mcm sakit perut sesangat, tapi masuk tido jugak. Pagi tu nak bgn semayang subuh, dah turun darah. Memang gelabah and capat-cepat pegi admit masuk hosp, kebetulan memang hari tu nak operate jugak. Booking dengan doktor nak operate pagi kul 10, tp disebabkan ade org yang kena emergency ceaser, so beri laluan pada diorang dulu. Masa tu memang contraction semakin kuat, and dah start duduk tak senang. After tunggu punya tunggu, doktor masuk and cakap lagi setengah jam nak operate. Alamak, time tu memang dah tak boleh say NO, kena serah diri jugak. So, masuk operation room 1.45 petang. Suppose pukul 2.15 petang dah settle sume, tp disebabkan mummy Ielham wat hal plak lam tu, tanak cucuk bius sume, terpaksa le semua doktor menenangkan mummy. Dah bius sume, dengan tenang doktor pon terus belah perut ni ha. Time tu tak rasa sakit ape pon, tp dapat rasa doktor godek2 perut nak kuarkan Ielham. Sambil-sambil tu doktor cerita le ape dier tengah buat. (takkan dicerita disni)

And finally, lepas ditekannya perut tu..kuar le Muhammad Ielham Iskandar!!!! Nangis slow jek dulu, sebab macam ade fluid dalam mulut n hidung. Lepas dah tgk tu, terus doktor kasik nurse bawak gi cuci kot. Lepas tu, baru le dengar menangis/menjerit non stop. Agaknya kasik signla kat org yang menunggu kat luar, yang Ielham dah pon selamat dilahirkan! Alhamdulillah...semuanya selamat dan sihat. And weight Ielham masa lahir is 2.9kg (ikutkan last scan is 3.3kg).


Aunty Ee Jean tengah pujuk Ielham..ololololo..











Ielham's 1st video

Perasaan ketika itu?...tak dapat digambarkan..hanya mereka yang pernah melahirkan anak lebih mengetahui....kan? :)



p/s: credits to aunty ee jean for the pics and video..yeay!


Monday, November 24, 2008

1st entry

1 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YES!! Akhirnya, berjaya juga menulis untuk 1st entry, setelah tertangguh selama 2 minggu. (Itupun Zarin @ Mumu dah mcm perli-perli)

Basically, tujuan blog ni sebenarnya nak 'document'kan aktiviti our 1st child - MUHAMMAD IELHAM ISKANDAR and maybe story bout mummy, daddy and others boleh tumpang jugak. Blog ni sepatutnya dah exist like 3 months ago, but seeing that mummy dier sangatlah pemalas, maka sekarang ni barulah dilaksanakan.

Now Ielham pon dah 4 months, dah macam-macam Ielham belajar. So, next entry akan cover story-story dier dari lahir sampai current month. ENJOY!



TO IELHAM :

Hello little boy! Mummy tulis blog ni semata-mata untuk Ielham, so mummy akan benarkan Ielham read this blog, once Ielham dah pandai baca...PANDAI baca OK! Selagi Ielham tak pandai baca and faham, mummy will simpan blog ni. Sorryler, mummy tulis menggunakan ayat-ayat yang mix up. Mummy takde masa nak karangkan ayat-ayat yang sedap, this shows that mummy sibuk menjaga our family and also berkerja. So, hopefully you will appreciate this blog.

Daddy & Mummy Loves Ielham! Muahkss!


p/s: Internet connection could not access at home, so had to copy and paste and publish the post at the office. :)
 

our inspiration... Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez